Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir di Terengganu dan Pahang sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di Lembangan Sungai Besut dan Sungai Rompin.<br /><br />Ia berdasarkan hasil simulasi model ramalan banjir JPS susulan amaran hujan berterusan (buruk) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada jam 2.10 petang Khamis.